Program Angkasawan Negara
Rakyat Malaysia berbangga apabila Malaysia kini mencipta sejarah sebagai salah sebuah negara yang mampu menghantar rakyatnya ke angkasa lepas. Kepulangan angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dengan selamatnya menandakan terpahatnya sejarah itu di dalam sejarah Malaysia dan sebahagian daripada sejarah muka bumi.
Banyak pihak menyanjung usaha Kerajaan Malaysia tersebut. Pujian diberikan, terutama peneraju utama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis yang sekaligus memberi gambaran yang baik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga YAB, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kredit utama juga sebenarnya perlu diberikan kepada 'Team' yang bertungkus lumus termasuk dari rundingan timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM sehinggalah kepada mendaratnya Kapsul Soyuz TMA-10 yang mendarat di Kazakhstan.
Disebalik perenggan-perenggan di atas, ada juga pihak yang tidak puashati dengan misi tersebut walaupun liputan mengenai tidak meluas kerana mereka hanya mewakili sebahagian daripada kelompok kecil (minoriti) walaupun disokong termasuk parti-parti politik and NGO. Rata-rata mereka ini menyatakan program ini membazirkan wang rakyat atau pembayar cukai.
Pada pendapat saya, usaha kerajaan Malaysia di atas ada baik dan buruknya. Namun buruknya adalah kecil jika dibandingkan manfaatnya untuk jangka masa yang panjang.
Mari kita cuba senaraikan kebaikan dan keburukan yang saya mampu fikirkan melalui 'brainstorming' seperti di bawah.
Keburukan (seperti yang digembar-gemburkan)
1. Membazirkan wang rakyat berjumlah RM3.4 billion (hampir menyamai kos pembinaan Janbatan Kedua Pulau Pinang)
2. Fokus perlu diberikan kepada pembangunan seperti kemudahan dalam dan luar bandar, membela nasib rakyat terutama yang miskin dan sebagainya
3. Pengaliran wang ke luar negara
Kabaikan
1. Pakej RM3.4 billion untuk 18 jet pejuang termasuk latihan juruterbang dan angkasawan
2. Difahamkan pakej termasuk pembayaran secara 'kontra' dengan minyak kelapa sawit yang mampu mempromosi minyak kelapa sawit ke Russia disamping mewujudkan kebergantungan terhadap bahan tersebut di pasaran Russia
3. Dari 1 & 2 di atas, aliran tunai wang ke luar negara adalah minimum
4. Sekiranya no 3 di atas pun, Ringgit berada pada paras kukuh sepanjang 2007 ini jika dibandingkan sewaktu perjanjian pembelian pesawat tersebut dimetrai
5. Pernahkan anda berkunjung ke Negara Arab dan negara-negara Afrika di mana rakyat mereka menghormati rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang lebih baik dari Jepun dan Korea? Gambaran yang diberikan oleh Petronas selama ini kini melalui F1 disemarakkan lagi dengan Program Angkasawan Negara..
Mohon maaf. Masa untuk menghuraikan tidak mengizinkan.. Huraian lanjut saudara/saudari adalah dialu-alukan. Sekadar pendapat dan sedia menerima pendapat secara terbuka.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home